Permulaan Tahun Hijrah

Khalifah ar-Rasyid Umar bin al-Khattab r.a adalah merupakan orang yang pertama memulakan penggunaan tarikh bulan-bulan Qamariah dengan penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah di mana beliau menjadikan peristiwa Hijrah adalah sebagai permulaan Takwim (Kalendar) Islam dan peristiwa tersebut berlaku pada tahun 622 Masihi.

Di dalam bidang penulisan yang membabitkan penulisan tarikh, penulisan tarikxxzh Hijrah biasanya digunakan dalam bentuk ringkasan                                                            di dalam penulisan bahasa Arab sebagai petanda kepada Takwim Hijrah atau secara menggunakan ringkasan (A.H) di dalam penulisan dengan menggunakan mana-mana bahasa yang digunakan di negara-negara barat. Huruf tersebut adalah merupakan ringkasan kepada rangkai kata Latin “Anno Hegirae” yang bermaksud (Selepas Hijrah) manakala di dalam Bahasa Melayu pula ia ditulis secara menggunakan ringkasan (H). Hasil dari peristiwa tersebut bermulalah penetapan 1 Muharam bagi tahun Hijrah di mana ia bersamaan dengan 16 Julai 622 Masihi.

Tahun Hijrah (Islam) ini adalah terdiri dari 12 bulan Qamariah di mana susunannya adalah sebagaimana berikut:

(Muharam – Safar – Rabiulawal – Rabiulakhir – Jamadilawal – Jamadilakhir – Rejab – Syaaban – Ramadan – Syawal – Zulkaedah – Zulhijah)

Di antara perayaan atau hari kebesaran Islam yang terdapat di dalam Tahun Hijrah (Islam) ialah: Awal Tahun Hijrah iaitu pada 1 Muharam, memperingati Israk dan Mikraj pada 27 Rejab, bulan Ramadan (bulan puasa), malam Lailatulqadar iaitu pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, Hari Raya Aidiladha yang di sambut pada 10 Zulhijah, Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 1 Syawal dan Musim Haji yang terletak di dalam tempoh di antara 8 hingga 13 Zulhijah.

Peringatan Penting:

* Oleh kerana Takwim Hijrah bergantung secara asasnya kepada peredaran bulan yang berlawanan dengan peredaran Matahari, maka bilangan Tahun Hijrah adalah lebih sedikit dari tahun Masihi iaitu sebanyak 11 hari.

* Bulan-bulan yang terdapat di dalam tahun Hijrah tidak terikat dengan Musim yang telah ditentukan secara asasnya mengikut peredaran matahari, maksudnya perayaan-perayaan Islam tetap akan tiba pada bulan yang sama pada setiap tahun cuma kadang-kadang ia akan tiba pada musim yang berbeza. Contohnya musim Haji dan bulan Ramadan kemungkinan ia akan tiba pada musim panas atau musim sejuk atau pada bila-bila masa.

* Perayaan-perayaan atau hari-hari kebesaran Islam tidak akan tiba pada musim yang sama kecuali setelah sempurna sebanyak 33 kali peredaran bulan atau berlalu 33 tahun. Contohnya bulan Ramadan yang tiba pada 1/1/1999 tidak akan tiba pada tarikh yang sama pada tahun berikutnya kecuali setelah berlalu 33 kali bulan Ramadan.

* Terdapat beberapa perbezaan di antara Takwim Islam yang dicetak dan perbezaan ini disebabkan beberapa faktor:

Pertama: Tidak terdapat pengukuran antarabangsa untuk melihat kemunculan anak bulan secara tepat.
Kedua: Menggunakan pengukur atau cara kiraan yang berbeza untuk menentukan proses melihat anak bulan.

Ketiga: Keadaan cuaca yang tidak baik atau dilitupi awan di tempat melihat anak bulan.

Oleh yang demikian tidak ada satu program Takwim yang tepat 100 % apatah lagi melihat anak bulan secara realiti adalah menjadi suatu perkara asas untuk menentukan beberapa perayaan dan hari-hari kebesaran Islam yang penting seperti permulaan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya.

Sumber : http://prayer.al-islam.com/helpconv.asp?l=mal

%d blogger menyukai ini: