Kredit Haji Boleh

Jakarta (MCH). Umat Islam diharuskan memohon pinjaman untuk membiayai ibadah haji dengan syarat mampu membayar kembali pinjaman dalam tempo yang ditetapkan. Demikian disampaikan Wakil Menteri pada Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

“Memang ada umat Islam mengambil pinjaman untuk menunaikan haji atas alasan kalau tidak pergi (haji) sekarang mungkin bila dah tua nanti tak dapat pergi kerana kesehatan tidak mengizinkan. Namun, ketika memohon pinjaman, mereka perlu memastikan mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh beberapa tahun itu,” katanya kepada wartawan selepas meresmikan Kursus Intensif Bimbingan Haji bagi Musim Haji 1429H/2008M, di Putrajaya, Malaysia.

Beliau mengulas saran supaya institusi keuangan menyediakan pinjaman kepada umat Islam yang layak untuk mengerjakan haji. Bagaimanapun, kata Mashitah, selama ini bank atau institusi keuangan hanya menyediakan pinjaman untuk kemudahan umat Islam menunaikan umrah, bukan haji.

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) pula tidak menyediakan pinjaman menunaikan umrah dan haji karena Akta Tabung Haji 1995 tidak membenarkan penyimpan membuat pinjaman. “Peranan benar Tabung Haji ialah menggalakkan umat Islam menabung dan memberi dividen, selaras tuntutan agama yang menggalakkan umatnya menabung untuk menunaikan haji,” katanya, sepertti dikutip Berita Harian edisi selasa, 5 Agustus hari ini.

Kursus dua hari anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) itu dihadiri 310 pegawai negara sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur yang akan menunaikan haji tahun ini dan tahun depan. Hadir pada acara tersebut, Wakil Ketua Pengarah Jawhar, Abd Ghafar Yusof. (MH)

sumber informasihaji.com

%d blogger menyukai ini: